Mengelak Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

zikirAishah r.a menceritakan bahawa Nabi s.a.w apabila mengadu sakit, baginda s.a.w akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan al-Nas kemudian menghembuskannya.      (Mafhum hadis riwayat Muslim)

• Sentiasa berzikir kepada Allah

• Apabila menuang air panas, sebutlah Allah atau membaca “istia’zah” أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ dan “Basmalah” بسم الله الرحمن الرحيم

Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).

Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.


• Apabila masuk bilik yang gelap, sebutlah “Basmalah”.


Jangan kencing ke dalam lubang kerana ia tempat tinggal jin.


Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur serorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.


Jangan menyakiti anjing atau kucing.


Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah memberi amaran selama tiga hari.

Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.

Mengamalkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan ayat Kursi.


Hidupkan suasana al-Quran di dalam rumah.

Menyebut zikir لا إلهَ إلاّ اللّهُ seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membawa seratus kali:

Tiada Tuhan selain Allah

“Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Maka antara fadilatnya ialah diperlihara daripada syaitan pada hari itu. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

• Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119,                        surah Taha : 69.


Makan ubat tertentu seperti tamar. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari”. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

About these ads